Tuesday 30 April 2013

Cik & Encik Detektif(Part 5)

“Daniel. Saya naik ke kelas jap. Saya nak kemas loker dan meja saya.” Ucap Natasha apabila mereka kembali ke sekolah. Daniel menjawab dengan anggukan.

Gadis itu menaiki tangga satu persatu. Kelasnya terletak di Tingkat Tiga terasa begitu jauh. Telahya, perjumpaan tadi pasti baru selesai. Natasha melihat ke koridor apabila sudah berada di tingkat tiga. Alfa Romeo milik Daniel dikelilingi pelajar lelaki dan perempuan. Natasha tersenyum melihat Daniel melayan beberapa orang pelajar perempuan.

Dia terus masuk ke dalam kelasnya. “Kosong. Fuh.Lega!” ucapnya. Tanpa membuang masa, dia terus mengambil buku didalam loker dan meletakkannya diatas meja. Beberapa minit kemudian, dia menangkap derap tapak kaki. Kepalanya terasa sakit melihat Farhan duduk di mejanya tanpa mempedulikan kehadirannya.

Makin pantas gadis itu mengemas. Tegarnya lelaki itu tidak mempedulikannya. Tiada kata maaf yang diucap oleh lelaki itu. Dia mengutuk dirinya sendiri apabila masih mempunyai perasaan untuk lelaki itu.

“Natasha, dah siap?” soal satu suara. Dia menoleh. Daniel sedang berdiri dan bersandar pada pintu kelasnya. Farhan yang mendengar suara yang tidak dikenalinya pantas mendongak. Ada kerutan di wajahnya.

Daniel membuat muka bersahaja walaupun Farhan memandangnya tajam. Natasha menggalas begnya. Dia membuat isyarat tangan agar menyuruh lelaki itu menunggu sebentar. Dia menghampiri Farhan. Lelaki itu pantas berdiri dihadapannya.

Satu penampar hinggap di pipi kanan lelaki tersebut. “ Saya teringin sangat nak tampar awak bila awak bagi hadiah tu kat Athira. Terima kasih atas segala janji palsu awak. Awak penipu. Athira pula, terima awak sedangkan tahu saya kongsi cerita pasal awak kat dia. Well.She suits you!” Natasha berpura-pura ketawa dan menceriakan roman wajahnya.

Farhan terasa mukanya berbahang. Panas hati. Belum sempat dia membalas kata-kata Natasha, satu penampar lagi dihadiahkan kepadanya. “Wow. Sampai sekarang, awak masih nak mempertahankan diri awak?” Natasha tersenyum sinis.

“Awak tak pernah beri saya peluang. Apa saja yang saya cakap, awak akan bidas. Itu ‘hadiah’ saya untuk awak.” Ucap Natasha sambil mengesat tangannya pada seluar jean yang dipakainya. Memberikan isyarat geli.

Daniel tersenyum. Hebat betul Natasha sehingga mampu mendiamkan terus Farhan. “Oh ya. Saya sokong sangat awak tinggalkan saya. Saya dapat yang lebih baik daripada awak. See?” Natasha yang masih belum puas menunjuk jari ke arah Daniel.

Bagi memperhebatkan lakonan, Daniel bertindak sebagai pelakon pembantu. “Thanks, Farhan. You left me such a beautiful girl. I really appreciate that. Once again, thank you.” Usai menghabiskan kata-katanya, Daniel dan Natasha terus berlalu dari situ. Mereka tersenyum sesama sendiri.

Farhan berdiri kaku. Tidak dapat menerima kenyataan yang dia ditampar dua kali. Sempat pula dia diberi kata-kata yang pedih. Paling membuatkan dia marah, Natasha memalukannnya di depan lelaki asing tadi. Dia meraup wajahnya.

Daniel memandu keretanya dengan kelajuan sederhana. Sesekali, dia memandang Natasha yang mengarahkan pandangan ke luar tingkap. Natasha pasti bersedih lagi.

“Boleh saya panggil awak Tasha je?” soal Daniel cuba memecahkan kesunyian. “Dan awak boleh panggil saya Danny.” Sambungnya.

“Boleh. Danny, Thanks sebab bantu saya berlakon tadi. Awak patut dapat anugerah Oscar.” Pandang Natasha.

“Awak lagi la. Padan muka Farhan tadi. Awak nampak tak betapa marahnya dia tadi. Panas. Saya rasa kalau cili dan dia bertanding yang mana satu paling panas, pasti dia yang menang, kan?” Daniel bercakap dengan penuh semangat.

Natasha ketawa. Daniel yang baru dikenali adalah seorang yang cool. Tetapi hari ini, gadis itu melihat sisi lain yang ada pada jejaka tersebut. Dia kelakar dan mampu menghiburkan hatinya.

“Saya rasa kita boleh jadi pelakon lagi selepas ni.” Ujar Natasha ceria. Daniel tersenyum.

“Awak tak nak jumpa Athira?” soal Daniel. 

“Saya tak perlu jumpa dia. Dia kawan saya. Saya tak mungkin akan sakitkan hati dia. Biarlah. Saya ada terfikir. Semua ni takkan berlaku kalau Farhan tak yang mulakan dulu. Athira adalah watak sokongan. Lagipun, takkan ada apa yang berubah walaupun sejuta kali saya berbincang dengan Athira. Apa-apa pun nampak betul bila dah jatuh cinta. Diorang mana kisah perasaan saya dah. Right?” cakap gadis itu dengan panjang lebar.

“Thanks untuk segala-galanya. Pasti sesiapa yang memiliki awak sangat bertuah.” Ikhlas Natasha.

Daniel tersenyum tawar. Lelaki itu mengeluh. Dia tidak pernah merasai perasaan yang Natasha hadapi. Dia sebenarnya adalah sama sahaja seperti Farhan. Kejam dan tidak menghargai cinta.

“Seminggu lagi, kita akan ke New York. Awak sambung belajar kat sana, okey?”

“Okey. Itu yang terbaik.” Ringkas Natasha.

“Sebelum tu, awak pasti saya adalah orang yang awak cari selama ni?” sambung Natasha.

Daniel memandang cermin sisi kereta. Raut wajahnya serius. Natasha kehairanan. Dia berpusing ke belakang. Sebuah kereta berwarna hitam di belakang mereka.

“Boleh beritahu saya apa yang berlaku?” soal Natasha cemas.

“Saya tak sangka mereka akan ikut sampai ke Malaysia.” Cuma itu yang dijelaskan Daniel. Daniel memandu dengan lebih laju.

Kereta berwarna hitam tersebut melanggar mereka. Natasha tersentap ke hadapan. Daniel terus membawa kereta dengan lebih laju. Selepas beberapa saat, kedengaran bunyi tembakan. Gadis itu menjerit.

“This is crazy!” jerit Natasha lalu melihat ke arah cermin belakang yang retak.

“Wow, Bullet-proof?” soal Natasha kepada Daniel.

“Awak sempat lagi Tanya soalan camni sekarang?” Daniel memandang Natasha tidak percaya.

“Okey, Danny. Kita ubah tempat. Saya drive, awak tembak.” Ujar Natasha lalu bangun dari tempat duduknya.

Daniel tiada pilihan. Natasha tiada pengalaman menggunakan pistol. Natasha memegang stereng. Daniel pantas bangun dan duduk di tempat duduk belakang. Cermin tingkap dibuka.

“Natasha membawa kereta laju semaksima yang mungkin. Daniel berbalas tembakan dengan orang yang berada di dalam kereta hitam tersebut. Kereta hitam tersebut melanggar mereka sekali lagi.

“Whoaa!” Natasha terkejut apabila cermin sisi kereta mereka ditembak.

“Danny, pakai seatbelt. Trust me!” ucap Natasha kepada Daniel.

Daniel mengikuti suruhan Natasha. Gadis itu memandang selekoh tajam di hadapannya. Beberapa saat sebelum sampai di selekoh tersebut, Natasha terus membelok secara mengejut. Kereta Alfa Romeo berpusing sebelum melanggar pembahagi jalan.

Kereta hitam tersebut pula gagal mengawal imbangan lalu terjunam ke dalam gaung. Natasha mengangkat kepalanya yang terhantuk pada stereng kereta. Dia menyentuh dahinya. Tangannya berlumuran darah.

Pintu kereta dibuka. “Tasha! Tasha!” Dia mendengar suara samar-samar memanggilnya. Mata semakin berat. Akhirnya dia terkulai di situ.

********bersambung******

Thursday 11 April 2013

Cik & Encik Detektif(Part 4)

Keesokan harinya, Natasha ke sekolah seperti biasa. Cikgu Fazidah yang mengajar subjek Bahasa Melayu tidak hadir. Jadi pada masa pertama, mereka melakukan kerja sendiri.

“Tasha, budak debate balik semalam, kan? Best la tu dapat jumpa buah hati dia.” Usik Kamelia. Kamelia merupakan rakan sekelas Natasha. Mereka duduk bersebelahan di dalam kelas.  Natasha sekadar tersenyum. Dari ekor matanya, dia dapat menangkap kelibat seseorang. Ya, Farhan. Lelaki itu duduk di tempatnya. Langsung tidak memandang Natasha.

“Relax la, Tasha.” Pujuk Kamelia apabila melihat Natasha menjadi muram tiba-tiba.

“Dia cakap tak sayangkan aku. Dia cakap dia janji akan sukakan orang lain. Apa maksud dia, Kamelia?” soal Natasha.

Kamelia mengerutkan muka. Tidak pelik mendengar apa yang dituturkan Natasha tadi. “Janji untuk sukakan orang lain? Itu muslihat.”

Natasha memandang kawan sekelasnya itu yang nampak serba salah. Kamelia tahu sesuatu.

“Kau cerita kat aku, . KameliaPlease.” Rayu gadis itu.

“Err.. Cuti sem lepas kan, persatuan dia pergi trip ke Langkawi. Bebudak persatuan dia nampak dia rapat dengan Athira. Tak tahu nak kata rapat seperti kawan ataupun sebaliknya. Emm… Diorang cakap Athira merajuk, pastu Farhan pun merajuk gak. Pastu, aku tak tahu apa dah. Sabar, erk?” Kamelia memegang bahu Natasha. Gadis itu memberikan pandangan kosong.

Petang itu, semua pelajar Tingkatan Lima diminta datang ke sekolah semula untuk membincangkan majlis makan malam perpisahan untuk batch mereka. Persiapan dan perbincangan harus dilakukan sebelum peperiksaan SPM.

“Okey. Kita break 15 minit.” Jerit ketua tingkatan. Dengan sepantas kilat, dewan kuliah kosong. Ya. Mereka memang pantas jika mahu berehat dan makan. Ketua tingkatan menggaru-garu kepalanya.

“Kamelia, aku nak keluar ni. Kau nak pesan air atau makanan tak?” soal Natasha kepada Kamelia yang kelihatan mengantuk. Kamelia menggeleng lalu melentokkan kepalanya di atas meja.

Natasha menuju ke vending machine. Raut wajahnya tampak kusut. Dia mengeluarkan duit kertas dan syiling daripada poket seluarnya. Sedang dia memilih air tin, gadis itu terdengar suara yang dikenalinya.

“Athira, ni teddy bear untuk awak. Suka tak?” suara itu masih bercakap. Duit syiling yang berdenting jatuh membuatkan si empunya suara tergamam. “Natasha…” Farhan menggelabah. Begitu juga dengan Athira.

Natasha turut tergaman dengan situasi tersebut tambahan pula melihat Farhan sedang memegang teddy bear.

Natasha pantas melangkah dari situ. Dia terluka. Dalam satu perhubungan, perlu ada keprcayaan. Tapi sekarang, cintanya dikhianati. Kepercayaannya hancur. Dia memegang dadanya. Sakit. Pedih.

Dia memberhentikan langkah apabila sebuah kereta berhenti di tepi. Gadis itu menolah. Alfa Romeo.”Daniel?”

“Get in, Natasha.” Daniel membuka pintu kereta. Natasha pantas masuk

Natasha mendiamkan diri. Daniel pantas meneruskan pemanduan dan berhenti di sebuah taman permainan. Daniel memandang Natasha dengan pandangan simpati.

Beberapa saat kemudian, suara esakan yang halus kedengaran. Natasha menangis. “Awak dah tahu.” Ucap Daniel. Gadis itu memandangnya dengan tanda tanya.

“Saya dah cakap kat awak yang saya dah lama kenal awak. Saya tahu siapa Farhan. Saya minta maaf sebab tak beritahu perkara yang sebenarnya tentang dia.” Ucap Daniel perlahan.

Awak. Dah berapa lama saya kena tipu?” soal Natasha dalam tersedu sedan.

“Tahun lepas. About six months ago.” Ringkas Daniel. Natasha terus menangis. Gadis itu tidak menyangka yang dia ditipu selama itu. Enam bulan bukanlah tempoh yang singkat

“Tell me. Share with me.” Daniel memandang tepat mata Natasha. Dia benar-benar kasihankan gadis itu. Bila melihat kesedihan Natasha, dia juga turut berasa sedih.

“Awak tahu tak. Dulu dia larang saya SMS dia. Dia cakap dia nak study. Saya akui. Mulanya, saya tak suka cara dia. Saya sangsi tapi saya tolak syak wasangka. Dia orang yang saya percaya.” Natasha menarik nafas seketika.

“Tapi lepas tu, saya ikut cara dia. Setiap hari saya tunggu dia SMS saya. Saya menahan diri saya dari SMS atau berhubung dengan dia. Saya rindu dia sangat bila tak contact dia. Dan saya harap dia pun rindukan saya juga. Tapi sekarang saya tahu. Sekalipun dia tak pernah merindui saya. Dia gembira sebenarnya. Semua tu helah dia untuk jauhkan diri daripada saya.” Natasha menggenggam tangannya.

Daniel setia mendengar. “Dia pernah berjanji takkan sukakan orang lain. Dia janji akan cintakan saya sorang. Daniel. Saya keliru. Farhan berubah. Dia bukan Farhan yang dulu. Saya terlalu cintakan dia. Arghhhh!!” Natasha menjerit.

Gadis itu tertekan. Air matanya tidak mahu berhenti mengalir. Daniel memanggil nama gadis itu, lembut. “Awak tak boleh terus menangis. Biarkan dia. Suatu hari nanti, dia pasti sedar yang dia kehilangan seseorang yang amat mencintainya.” Daniel bercakap dengan berhati-hati.

“Tiga tahun, Daniel. Saya ni tak bermakna langsung ke?” soal Natasha sambil mengelap matanya.

“Cuma Farhan yang ada jawapan tu. Awak kena bangkit. Don’t let him ruins your life.” Tegas Daniel.

“Masa birthday saya, dia tak bagi pun hadiah kat saya. Tapi birthday Athira, dia hadiahkan teddy bear. Tiga tahun lepas, dia pernah janji nak bagi teddy bear kat saya. “Saya bodoh.” Natasha melihat luar tingkap.

“Hey, listen. Dia yang bodoh. Chill, okey?” pujuk Daniel. 

Dia sedih melihat tangisan gadis itu. “Dia dah hancurkan hati awak. Tugas awak, gam hati tu, okey? Cantum balik seperti hati saya.” Daniel membuat lawak. Dia membuka zip jaket yang dipakainya. Natasha ketawa apabila terdapat lambang Superman pada baju yang dipakai Daniel.

“Bawa saya ke New York bersama awak.” Ucap Natasha lalu mengelap pipinya yang basah. Daniel tersenyum senang.

“Awak dah fikir masak-masak?” soal Daniel.

“Impian saya ada di sana. Di sini, impian saya dia dah musnahkan.” Putus Natasha.

Natasha menyandarkan badannya lalu memakai tali pinggang. Kereta mula bergerak. Daniel memasang radio. Mahu menghidupkan suasana ceria. “Jom, saya bawa awak pergi makan aiskrim.” Ujar Daniel. Natasha mengangguk setuju.

Mereka berhenti di sebuah kedai menjual aiskrim. “Awak belanja, kan?” soal Natasha.

“Ya. Saya belanja.” Daniel tertawa. “Pilih je perisa yang awak nak.” Sambungnya.

Mereka mengambil tempat di meja yang paling hujung. Natasha mengeluarkan sesuatu daripada poketnya. Satu paket yang berwarna hijau dibuka. Daniel memandang kehairanan.

“Awak nak buat apa ngan Skittle masam tu?”

“Nak makan ngan aiskrim.” Ujar Natasha sambil menaburkan Skittle yang kecil dan banyak di atas aiskrimnya. Sudu dibawa masuk kedalam mulut.

“Yummmmyyy!” ucap Natasha smbil memasukkan lagi sesudu aiskrim kedalam mulutnya.

Daniel tertawa. “Betul ke sedap Saya tak pernah pun tengok orang makan aiskrim ngan Skittle.

Natasha tersenyum lalu mengambil baki Skittle lalu ditaburkan di atas aiskrim Nescafe Daniel. Lelaki itu mencuba ‘resepi’ Natasha.

“Emmmm! Sedap la!” ujar Daniel lalu menghabiskan semua aiskrim.

“Nanti saya hadiahkan awak Skittle hijau banyak-banyak. Hehe."


********bersambung********