Saturday 23 February 2013

1st Giveaway by Zura Online Shopping !

Hai semua, jom join contest :)

Klik banner untuk join :D

saya tag mereka dan mereka :)


Friday 22 February 2013

Hachiko






Few weeks ago, aku ada tengok satu movie ni. Hachiko(versi English). Movie ni memang meruntun perasaan. Sedih.. Hachiko ni nama untuk seekor anjing. Bayangkan. Dia tunggu tuan dia kat stesen keretapi setiap hari sampailah dia mati. Sebenarnya, tuan dia dah lama takda. Memang sedih la. Ni maklumat serba sedikit tentang Hachiko..


Hachiko(Gambar sebenar)

Hachiko mati pada tahun 1935. Anjing ni tunggu tuan dia  kat stesen keretapi Shibuya selama 9 tahun. Sedih, kan..  Akhirnya dia  pun mati disebabkan terminal cancer dan filaria infection.




Gambar di atas menunjukkan Hachiko dipamerkan di Muzium Sains Nasional Jepun di Euno. Sebenarnya, ada lagi kes yang lebih kurang sama dengan kisah Hachiko ni..

Komen, tau!

Thursday 21 February 2013

Back To ChildHood YearS

Hey, there! Post kali ni berkisarkan zaman kanak-kanak aku dulu. Sedar tak sedar, aku dah melangkah ke alam remaja. Habis SPM dah pun.. Kalau orang dulu-dulu, umur camni dah boleh kahwin.. Hahaha!! Gatalnya!! Camni cerita dia.. Pagi tadi bila aku bangun ja, emak aku yang tersayang tengah mengemas rumah.. Aku pun join emak aku. TadaAA!!! Aku jumpa balik lukisan yang aku lukis bertahun-tahun dulu.. Andrenalin aku melompat-lompat. Otak aku menari-nari. Happy la tu!! Okey.. Ni antara lukisan yang aku scan..

Kucing Masa Darjah 3
Ni nemo.. Hahaha.. Aku dah tak ingat tahun bila aku lukis ikan ni.. Rindunya aku ngan zaman kanak-kanak.. Men masak-masak. Petang2, pi taman permainan ngan kengkawan. Men congkak. Tapi pelik. sekarang aku dah tak minat melukis. Taktau kenapa. Padahal kecik2 dulu, melukis bukan main. AHA!! Try tengok ap yang pelik kat lukisan kucing tu.. Kalau dah jumpa yang pelik, komen taw!!












Sampai jumpa lagi.  A hug... by Ramona R***

Monday 18 February 2013

Putus Cinta? Chill la! :)

Okey... Akhirnya.. Ada gak topik untuk aku share ngan semua.. Siapa pernah putus cinta?? Angkat lappy! Hehehe.. Aku sendiri pun pernah putus cinta.. Sakit tu xtaw nk kata la.. Well.. Aku terkejut dengan perangai dia, hati dia.. Even dah berbulan dia tinggalkan aku, perasaan tu tetap ada. Puas aku halau, perasaan tu datang balik.. TETAPI!!!! Aku bangkit semula atas dorongan kawan2 aku yang sangat baik! Ya la.. Putus cinta ja.. Bukan putus nyawa.. Tagline aku tu.. Hehehe... Okey.. Sekarang aku nak bagi tips untuk bangkit daripada putus cinta tu!!


TIPS!!!

1. Bersyukur
Why? Sebab kalau dia tinggalkan kita tapi kita terus nak bersama ngan dia.. Korang ada chance untuk dikhianati buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Jadi.. Bersyukur la korang ditinggalkan sebelum korang ada ikatan yang lebih lagi. 

2. Muzik
Muzik dapat menenangkan minda. Betul x? Jadi kalau tengah sedih, dengar la alunan ombak.. Tenang ja. Atau dengar muzik yang berentak perlahan.. Tapi kalau korang memang jenis yang ganas, dengar lagu metal atau rock, apa salahnya.

3. Keyakinan Diri
Ada yang sesetengah orang bila putus cinta, rasa rendah diri.. JANGAN!!! Hey... Life must go on. Mesti ada yang fikir camni.. Dia tinggalkan aku sebab aku dah tak lawa? X handsome? Gemuk? Hello!! Cantik tu berbeza di mata masing-masing. Kita kena yakin walaupun ditinggalkan. Mana boleh kita sedih, dia lak gembira ngan orang baru! Okey.. Agak susah nak kembalikan keyakinan diri bila dah putus cinta tapi kena la cuba.. 


Okeylah.. Hehehe.. Jadi pakar motivasi tak bertauliah sat.. Okey... Bangkit dari kekecewaan memang mengambil masa. Sentiasa berdoa pada Allah agar ditetapkan jodoh yang terbaik. Jumpa lagi!!

Sunday 17 February 2013

Novel

Hye.. Camna nak cakap, erk?? Hehehe... Malu ni sebenarnya... Camni... Dari darjah Enam dulu, minat aku adalah menulis... Sebelum UPSR dulu, aku ada la tulis novel ni... Dan bagi kawan-kawan baca... Komen pun memberansangkan. Dan masa Form 1, salah satu sambungan novel tu hilang... Tu la.. Letak lagi bawah meja. Malu aku kalau ada yang baca.. WAWAWAWAWA... Dan sekarang after SPM... Aku nak sambung kembali dengan serius untuk wat novel... Ada kawan aku yang cadangkan letak ja novel tu dalam blog ni... So... nk minta pendapat... OKey X?

Wednesday 6 February 2013

Unit 15



Depan dari kiri{Syifa, ZulaIka, aQilah}
Belakang dari kiri{Kinah, Jawadiyyah, MusLihah, Nini}

Rindunya kat depa... Hah... Ketujuh-tujuh termasuk aku adalah bebudak unit 15... Apa tu? Hee... Hostel... Room-te aku JAWADIYYAH.. Huhu... Miss her so much.. Rajin study ni pagi-pagi.. Memang pandai la... Aku sebenarnya taktau nk ckap apa.. Just... Depa ni sangat baik dan aku rasa bertuah dapat duk seunit ngan depa... Syifa, bestfren aku... Herm... P sekolah, blik sekolah, p prep.. Semua sekali.. Berjalan sekali... Dalam perjalanan nk p sekolah, mesti cerita pasal mimpi.. Hahaha... Then, Nini and Muslihah... Nini ni rajin study.. Asal dari Perak. Comey ja... Baik lak tu.. Muslihah lak, pro dalam Maths.. So... Kalau aku ada problem dalam Add Math aku Maths, aku akan tanya dia.. Dan dia tak pernah marah aku walaupun aku ni x pandai calculus ataupun apa... Pendek kata... Ap2 subjek pun aku akan tanya dia.. Ok... Kinah... Dia roomte ngan cik AQilAh.. Kinah baik.. Aku kenal Kinah masa Form 4.. Malam 1st dia kat MRSM PDRM.. Aku dari Form 1 duk situ. Minggu orientasi la kira.. Aqilah... Dia ni bagi aku jenis yang ceria, otak gila2.. Kawan ngan depa semua memang best... Aku harap hubungan persahabatan kita akan kekal... AMIN.

Sunday 3 February 2013

Test JPJ

Hey... Hari ni agen text... Test JPJ 18 Feb ni... Tapi bila aku tanya untuk motor ataw kereta, X jawab lak.. Huhu... jangan camni... Dah la agen aja drive garang... X best langsung... Aku taw la time bila nak masuk gear suma 2! Last2... Enjin mati... Aku harap test JPJ nnti, aku pass la... X larat aku nk belajar drive balik dan agen tu yang ajar...