Tuesday 30 April 2013

Cik & Encik Detektif(Part 5)

“Daniel. Saya naik ke kelas jap. Saya nak kemas loker dan meja saya.” Ucap Natasha apabila mereka kembali ke sekolah. Daniel menjawab dengan anggukan.

Gadis itu menaiki tangga satu persatu. Kelasnya terletak di Tingkat Tiga terasa begitu jauh. Telahya, perjumpaan tadi pasti baru selesai. Natasha melihat ke koridor apabila sudah berada di tingkat tiga. Alfa Romeo milik Daniel dikelilingi pelajar lelaki dan perempuan. Natasha tersenyum melihat Daniel melayan beberapa orang pelajar perempuan.

Dia terus masuk ke dalam kelasnya. “Kosong. Fuh.Lega!” ucapnya. Tanpa membuang masa, dia terus mengambil buku didalam loker dan meletakkannya diatas meja. Beberapa minit kemudian, dia menangkap derap tapak kaki. Kepalanya terasa sakit melihat Farhan duduk di mejanya tanpa mempedulikan kehadirannya.

Makin pantas gadis itu mengemas. Tegarnya lelaki itu tidak mempedulikannya. Tiada kata maaf yang diucap oleh lelaki itu. Dia mengutuk dirinya sendiri apabila masih mempunyai perasaan untuk lelaki itu.

“Natasha, dah siap?” soal satu suara. Dia menoleh. Daniel sedang berdiri dan bersandar pada pintu kelasnya. Farhan yang mendengar suara yang tidak dikenalinya pantas mendongak. Ada kerutan di wajahnya.

Daniel membuat muka bersahaja walaupun Farhan memandangnya tajam. Natasha menggalas begnya. Dia membuat isyarat tangan agar menyuruh lelaki itu menunggu sebentar. Dia menghampiri Farhan. Lelaki itu pantas berdiri dihadapannya.

Satu penampar hinggap di pipi kanan lelaki tersebut. “ Saya teringin sangat nak tampar awak bila awak bagi hadiah tu kat Athira. Terima kasih atas segala janji palsu awak. Awak penipu. Athira pula, terima awak sedangkan tahu saya kongsi cerita pasal awak kat dia. Well.She suits you!” Natasha berpura-pura ketawa dan menceriakan roman wajahnya.

Farhan terasa mukanya berbahang. Panas hati. Belum sempat dia membalas kata-kata Natasha, satu penampar lagi dihadiahkan kepadanya. “Wow. Sampai sekarang, awak masih nak mempertahankan diri awak?” Natasha tersenyum sinis.

“Awak tak pernah beri saya peluang. Apa saja yang saya cakap, awak akan bidas. Itu ‘hadiah’ saya untuk awak.” Ucap Natasha sambil mengesat tangannya pada seluar jean yang dipakainya. Memberikan isyarat geli.

Daniel tersenyum. Hebat betul Natasha sehingga mampu mendiamkan terus Farhan. “Oh ya. Saya sokong sangat awak tinggalkan saya. Saya dapat yang lebih baik daripada awak. See?” Natasha yang masih belum puas menunjuk jari ke arah Daniel.

Bagi memperhebatkan lakonan, Daniel bertindak sebagai pelakon pembantu. “Thanks, Farhan. You left me such a beautiful girl. I really appreciate that. Once again, thank you.” Usai menghabiskan kata-katanya, Daniel dan Natasha terus berlalu dari situ. Mereka tersenyum sesama sendiri.

Farhan berdiri kaku. Tidak dapat menerima kenyataan yang dia ditampar dua kali. Sempat pula dia diberi kata-kata yang pedih. Paling membuatkan dia marah, Natasha memalukannnya di depan lelaki asing tadi. Dia meraup wajahnya.

Daniel memandu keretanya dengan kelajuan sederhana. Sesekali, dia memandang Natasha yang mengarahkan pandangan ke luar tingkap. Natasha pasti bersedih lagi.

“Boleh saya panggil awak Tasha je?” soal Daniel cuba memecahkan kesunyian. “Dan awak boleh panggil saya Danny.” Sambungnya.

“Boleh. Danny, Thanks sebab bantu saya berlakon tadi. Awak patut dapat anugerah Oscar.” Pandang Natasha.

“Awak lagi la. Padan muka Farhan tadi. Awak nampak tak betapa marahnya dia tadi. Panas. Saya rasa kalau cili dan dia bertanding yang mana satu paling panas, pasti dia yang menang, kan?” Daniel bercakap dengan penuh semangat.

Natasha ketawa. Daniel yang baru dikenali adalah seorang yang cool. Tetapi hari ini, gadis itu melihat sisi lain yang ada pada jejaka tersebut. Dia kelakar dan mampu menghiburkan hatinya.

“Saya rasa kita boleh jadi pelakon lagi selepas ni.” Ujar Natasha ceria. Daniel tersenyum.

“Awak tak nak jumpa Athira?” soal Daniel. 

“Saya tak perlu jumpa dia. Dia kawan saya. Saya tak mungkin akan sakitkan hati dia. Biarlah. Saya ada terfikir. Semua ni takkan berlaku kalau Farhan tak yang mulakan dulu. Athira adalah watak sokongan. Lagipun, takkan ada apa yang berubah walaupun sejuta kali saya berbincang dengan Athira. Apa-apa pun nampak betul bila dah jatuh cinta. Diorang mana kisah perasaan saya dah. Right?” cakap gadis itu dengan panjang lebar.

“Thanks untuk segala-galanya. Pasti sesiapa yang memiliki awak sangat bertuah.” Ikhlas Natasha.

Daniel tersenyum tawar. Lelaki itu mengeluh. Dia tidak pernah merasai perasaan yang Natasha hadapi. Dia sebenarnya adalah sama sahaja seperti Farhan. Kejam dan tidak menghargai cinta.

“Seminggu lagi, kita akan ke New York. Awak sambung belajar kat sana, okey?”

“Okey. Itu yang terbaik.” Ringkas Natasha.

“Sebelum tu, awak pasti saya adalah orang yang awak cari selama ni?” sambung Natasha.

Daniel memandang cermin sisi kereta. Raut wajahnya serius. Natasha kehairanan. Dia berpusing ke belakang. Sebuah kereta berwarna hitam di belakang mereka.

“Boleh beritahu saya apa yang berlaku?” soal Natasha cemas.

“Saya tak sangka mereka akan ikut sampai ke Malaysia.” Cuma itu yang dijelaskan Daniel. Daniel memandu dengan lebih laju.

Kereta berwarna hitam tersebut melanggar mereka. Natasha tersentap ke hadapan. Daniel terus membawa kereta dengan lebih laju. Selepas beberapa saat, kedengaran bunyi tembakan. Gadis itu menjerit.

“This is crazy!” jerit Natasha lalu melihat ke arah cermin belakang yang retak.

“Wow, Bullet-proof?” soal Natasha kepada Daniel.

“Awak sempat lagi Tanya soalan camni sekarang?” Daniel memandang Natasha tidak percaya.

“Okey, Danny. Kita ubah tempat. Saya drive, awak tembak.” Ujar Natasha lalu bangun dari tempat duduknya.

Daniel tiada pilihan. Natasha tiada pengalaman menggunakan pistol. Natasha memegang stereng. Daniel pantas bangun dan duduk di tempat duduk belakang. Cermin tingkap dibuka.

“Natasha membawa kereta laju semaksima yang mungkin. Daniel berbalas tembakan dengan orang yang berada di dalam kereta hitam tersebut. Kereta hitam tersebut melanggar mereka sekali lagi.

“Whoaa!” Natasha terkejut apabila cermin sisi kereta mereka ditembak.

“Danny, pakai seatbelt. Trust me!” ucap Natasha kepada Daniel.

Daniel mengikuti suruhan Natasha. Gadis itu memandang selekoh tajam di hadapannya. Beberapa saat sebelum sampai di selekoh tersebut, Natasha terus membelok secara mengejut. Kereta Alfa Romeo berpusing sebelum melanggar pembahagi jalan.

Kereta hitam tersebut pula gagal mengawal imbangan lalu terjunam ke dalam gaung. Natasha mengangkat kepalanya yang terhantuk pada stereng kereta. Dia menyentuh dahinya. Tangannya berlumuran darah.

Pintu kereta dibuka. “Tasha! Tasha!” Dia mendengar suara samar-samar memanggilnya. Mata semakin berat. Akhirnya dia terkulai di situ.

********bersambung******

No comments: