Thursday 28 November 2013

Semester Baru!!



Assalamualaikum readers...

Hampir seminggu kat UiTM Dungun, Terengganu. Untuk semester 2. Untuk permulaan, kelas banyak takda sebab lecturer tak masuk. Nasib untuk semester ni, kelas aircond ad berapa ja.. Hahaha.. But it's okay. Sebelum balik U, bercuti ngan family kat Kelantan dan Terengganu.

Frust lak sebab takleh nak upload gambar. USB takda. Erm.. Semester ni duk kat Kolej Tenggol. Tak best la. Datang sini ja, terus nangis. Sebab tak ada kawan kat kolej ni. Best lagi duk kolej Redang. Seriously.. Aku bosan duk Tenggol. Sunyi. Sedih ooooOOooo..
Tapi nak wat cmna. Dah aku bida bilik kat Kolej tu.

Apa lagi eh...

Haaa! Masa mai kolej hari tu, aku cari la barang yang aku letak kat stor. Satu apa tak jumpa. Pelik betul aku. Takut gak aku kalau orang len ter 'ambik'... Aku macam orang gila duk risau pasal barang aku. Ya la. Benda penting yang aku letak. Baju la banyak.. Nak pi kuliah pakai baju kurung banyak. Jarang pakai seluar. (Aku Rasa.. Hahaha)

Okey la. Sekarang aku menumpang kat bilik kawan aku. Disebabkan aku mengalami tekanan perasaan semasa duk kat Tenggol. Hahahaha.. Ya la. Aku nak dekat ngan kawan aku.

Sampai sini ja post untuk kali ni. Dah tak tau nak taip apa.. Tak sabo nak balik rumah Disember depan.. Hahahahahahahahaha....



Wednesday 2 October 2013

Kedah, Wait for Me!








Assalamualaikum...

Hahaha... Tengok tajuk.. Aku excited sebenarnya ni nak balik umah. Aku nak relax kat umah. Jauh dari Uitm Dungun ni... Jauh dari buku dan assignment. Nk hangout ngan kengkawan. Lepak. Main gitar.. Seriu rindu gla kat gitar.. Yang paling aku rindu... Kat parents aku... teringin nak makan masakan mak. Nak makan laksa kat kedai. Bihun sup... Nyum... Nyum....

Tapi ad lagi seminggu lebih kat sini.. Tiket pun x beli lagi.. Barang tak packing lagi... Hari tu plan lepas abis exam last, nk pi pantai jap... Best wei... Mai la melawat UiTM Dungun.. Depan tu ad pantai.. Serius tak tipu.. Keluar pagar ja, lintas jalan... Terus sampai pantai... Memang best la.. 

Tak sabar gila balik kedah.. Ok la.. Sampai sini ja... Tata




                                                                                                                                    xoxo...

Friday 13 September 2013

Insaf

Dalam 2 minggu lepas.. Aku pi satu ceramah yang bertajuk "La Tahzan Syria"..
Malas memang la tersangat malas. Mula-mula niat nak kumpul merit ja. (NIAT DAH SALAH)
Ok.. So.. Ceramah ni diadakan kat Dewan Aspirasi. Malam.
Yang kita tau.. Syiah kat Malaysia pun ada.
Aku tak reti sangat nak cerita pasal benda ni. Tapi yang boleh aku kata pasal SYIAH adalah:

KEJAM!!!

Ya Allah... Penceramah yang mai tu tunjuk banyak video klip pasal kekejaman SYIAH. Puak ni sanggup membunuh pengikut Ahli sunnah waljamaah... Kanak-kanak, baby... Semuanya tak terkecuali.
Diseksa sebelum dibunuh.
Aku betul-betul speechLeSS.
Yang dikelar. Ditanam hidup-hidup.. Lelaki tu disuruh mengucap dua kalimah syahadah yang ditukar maknanya.
Disuruh mengaku Basyar Asaad adalah TUHAN.
Aku tak tau nak cakap camna.
Ada satu video klip dimana satu keluarga dibunuh.
Dipatah-patahkan tulang. Dicucuk-cucuk.
Memang kejam sangat.

Sedih aku tengok penyeksaan yang depa hadapi. Ada budak yang dibakar dalam oven.
Kejam sangat. Ramai yang menangis tengok video yang penceramah tu tayangkan..

Ni serba sedikit info tentang syiah..(Yang di copy-paste dr blog len)


1) Mengenakan songkok hitam dengan bentuk tertentu. Tidak seperti songkok yang dikenali umumnya songkok mereka seperti songkok orang arab hanya saja warnanya hitam.

2) Tidak solat Jumaat. Meskipun solat Jumaat bersama jamaah, tetapi dia langsung berdiri setelah imam mengucapkan salam. Orang-orang akan menyangka dia mengerjakan solat sunat, padahal dia menyempurnakan solat Zuhur empat rakaat, kerana pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat kecuali bersama Imam yang ma’sum atau wakilnya.

3) Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.

4) Pengikut Syiah jarang solat jemaah kerana mereka tidak mengakui solat lima waktu, tapi yang mereka yakini hanya tiga waktu sahaja.

5) Majoriti pengikut Syiah selalu membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu / tanah yang digunakan menempatkan kening ketika sujud apabila mereka solat tidak di dekat orang lain.

6) Jika anda perhatikan caranya berwuduk maka anda akan dapati bahawa wudhunya sangat berlainan, tidak seperti yang dilakukan oleh kaum Muslimin.

7) Anda tidak akan mendapati penganut Syiah hadir dalam kajian dan ceramah Ahlussunnah.

8 ) Anda juga akan melihat penganut Syiah banyak mengingat Ahlul Bait; Ali, Fathimah, Hasan dan Husein radhiyallahu anhum.

9) Mereka juga tidak akan menunjukkan penghormatan kepada Abu Bakar, Umar, Uthman, majoriti sahabat dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum.

10) Pada bulan Ramadhan penganut Syiah tidak terus berbuka puasa setelah azan maghrib. Dalam hal ini Syiah berkeyakinan seperti Yahudi iaitu berbuka puasa jika bintang-bintang sudah kelihatan di langit. Dengan kata lain mereka berbuka apabila benar-benar sudah masuk waktu malam. Mereka juga tidak solat terawih bersama kaum Muslimin, kerana menganggapnya sebagai bid’ah.

11) Mereka berusaha sekuat tenaga untuk menanam dan menimbulkan fitnah antara jamaah salaf dengan jemaah lain, sementara itu mereka mendakwa tidak ada perselisihan antara mereka dengan jamaah lain selain salaf. Ini tentu tidak benar.

12) Anda tidak akan melihat seorang penganut Syiah memegang dan membaca Al-Quran kecuali jarang sekali, itu pun sebagai bentuk taqiyyah kerana Al-Qur’an yang benar menurut mereka iaitu al-Quran yang berada di tangan al-Mahdi yang ditunggu kedatangannya.

13) Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura, dia hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.

14) Mereka juga berusaha keras mempengaruhi kaum wanita khususnya para mahasiswi di universiti atau di perkampungan sebagai langkah awal untuk memenuhi keinginannya melakukan mut’ah dengan para wanita tersebut apabila nantinya mereka menerima agama Syiah.

15) Orang-orang Syiah tekun mendakwah orang-orang tua yang mempunyai anak perempuan dengan harapan anak perempuannya juga turut menganut Syiah sehingga dengan selesa dia boleh melakukan zina mut’ah dengan wanita tersebut baik dengan pengetahuan ayahnya ataupun tidak. Pada hakikatnya ketika ada seorang yang ayah yang menerima agama Syiah, maka para pengikut Syiah yang lain automatik telah mendapatkan anak gadisnya untuk dimut’ah. Tentunya setelah mereka berjaya meyakinkan bolehnya mut’ah. Semua kemudahan, kelebihan, dan kesenangan terhadap syahwat ini ada dalam diri para pemuda sehingga dengan mudah para pengikut Syiah menjerat mereka bergabung dengan agama Syiah.
INFO DARI sini


-Sampai sini saja-

Thursday 11 July 2013

Kesedihan dan Kesunyian

Assalamualaikum.....

Dah 4 minggu rssanya aku duk kat UITM Dungun,  Terengganu.. Jauh dari family.. Suma benda kena settle sendiri.. Mula2 datang sini, memang nangis la.. Tension, stres... Kekok kat sini dan takda kawan.. Berapa hari pastu... ALHAMDULILLAH..

Aku ad kawan yang rapat.. Masa masuk sini dulu, memang kelam kabut sgt. I-Pelajar xleh isi. I-Student lagi la..  Call mak aku menangis-nangis lagi. Aku rasa nak balik umah ja time tu.. Tapi pastu.. Dah ok.... Cuma hari ni, perasaan tu mai balik... Aku rasa homesick dan sunyi. Sedih sangat.

  8 jam masa untuk aku balik Kedah. Kawan aku balik... Roomate aku balik... Kalau x, aku nak ikut roomate aku balik tapi kena uruskan PTPTN lak... Memang sorang2 la aku kat sini.. Ya Allah.. Stres sangat. Dah la sekarang Ramadhan.  Ya Allah... Hilangkan kesedihan aku...  HambaMu ini rasa sangat sunyi....

Friday 31 May 2013

IMPIAN :)




Hye.. Tengok tajuk kat atas, apa kena mengena ngan gambaq tuh? Hahaha... Ada. Ada.
Tetiba ja tadi rasa nak cari gambaq2 yang menarik dan lawa.Boleh tenangkan fikiran walaupun tak dapat pi kat tempat yang sebenar, kan?
Erm.. Dalam suma gambaq yang aku tengok, aku pilih gambaq ni..

KENAPA?

Sebab ada pokok kat situ! Hahaha..
(Banyak gelak betul!)
Kalau aku dapat pi kat tempat tu, aku akan pasang buaian. 
Seronoknya!
Lepas tu, aku nak duk kat kerusi yang ada tu.
Main gitar. Lagu apa, hentam ja la.
TWINKLE TWINKLE LITTLE STAR pun boleh.
Mesti otak yang bermasalah pun akan jadi tenang.
Stres berkurang.
Hati gembira.
Darah tinggi Xda...
Hahahaha...


Okeylah. Kat bawah ni ada beberapa gambaq yang menarik.. 
Boleh wat terapi minda.
Sejuk mata memandang.


Seronoknya dapat berjoging kat sini
Mesti bersemangat dapat berkebun kat sini

Kehijauan. Bagus untuk mata
Rumah yang jauh dari kesesakan lalu lintas






Sampai sini ja post untuk kali ni. Maklumlah. Tuan blog tak rajin menaip. Hahaha.. Apa lah.. Bye :)

Monday 27 May 2013

Pertama kali wat kek!

Hahahahah!(Gelak tak ingat dunia).  Aku dah lama minat memasak atau bakeri ni.  Aku gak memang tak pernah try wat kek. Tolong pernah la. Hahahaha.. Abis comot. Ya la.  masih merangkak-rangkak dalam alam memasak. Nasi goreng pun belum tentu sedap. Char Keoy teow pulak hancur. Apa la...

Nak dipendekkan cerita.. Kawan sekampung aku, Faiznur. Dia asal sekolah teknik. Dan dia ambik bakeri. Nampak tak apa kelebihan aku di sini? Hahahaha..  Mula la jadi parasit. Kelmarin. Aku ajak dia pergi kedai untuk beli barang-barang wat kek. WOOOOOOO!!!! Jangan harap la aku masuk kedai terus ambik bahan nak wat kek. Sebab aku memang TAKTAU! Jadi... Faiznur ni pun bagitau aku bahan apa yang perlu dibeli.

Aku excited bukan main. Ya la. Aku bakal mencipta sejarah membuat kek pertama! WUUU hu!!!!!! Tapi kami pergi dua kedai sebab kedai tu takda gula icing dan pewarna. YEAHHHHH!!!!  Aku nak wat kek yang ada krim cam besday tu!  Hehehe!!! Thanks kat Faiznur sebab dia bagi aku pinjam modul dia.

Dan hari ini start tengah hari, aku bekerja keras wat kek pertama aku. Tengok buku, wat kek. Tengok buku, wat kek. Eh... Buku ni cakap suruh buh ESEN VANILA tapi aku takda, camna eh? Aku terpendangkan botol perisa strawberi. Hentam ja la, Ika! Hahaha... Akhirnya.. Aku gantikan esen vanila dengan perisa strawberi. Harap menjadi.  Jadi chemist lak, kan?

Lepas tu, aku masukkan adunan tersebut dalam oven. Tunggu lebih kurang 40 minit, baru siap.  Hahaha...



*Wei, pendekkan cerita. Depa dah x larat nak baca.*



Petang tu, aku sambung wat icing. Warna pink, kuning dan hijau.  Alamak... Memang comot aku kejakan kek tu. Sapu sana sapu sini. Tiba2!  Eh, nak hias cmna ni? Tak ada kreativiti langsung. Hahahah.. Hentam lagi... Aku letak ceri enam biji,. Wah! Wah! Wah! Siap.! Hepi tak terkata aku berjaya siapkan kek tu.. TADAAAAA!





Disebabkan ketidakkreatifan aku, tu ja la yang aku mampu.. HOHOHO! Cam kek ari jadi. Hehehe....

Wednesday 22 May 2013

Memori

Assalamualaikum dan hye! Dah lama aku tak update blog. Rindunya nak tekan keyboard biaq bising. Hahaha.. Sedar tak sedar. Dah nak masuk bulan Jun.. Hah!  Pertengahan tahun dah pun. Masing2  prepare untuk sambung belajaq.  Aku ja masih terkontang kanting. Memilih nak p mana.  Ya la.  Aku tak dapat tawaran untuk sambung belajar. Memang patah hati gila la, wei.  Setelah 2 3 hari menangis. Aku wat surat rayuan sendiri hantaq kat UITM..  Aku berharap sangat dapat sambung pengajian kat sana dalam bidang Fisioterapi tetapi andai kata UitM bagi course len pun aku dah cukup bersyukur. YA ALLAH! Tolonglah hambaMu ini.  Sekarang aku menghitung hari untuk tunggu keputusan rayuan.  19 Mei lepas, batch aku ada wat reunion.. Tak ada la reunion sgt. Berapa orang ja yang datang. Ya la.. Ada yang tengah sembung belajaq. Kami semua pun jumpa kat MRSM ja. Bukan jumpa kat restoran lalu makan2.. Hahaha... 

Serius.. Aku akan rindu depa.. Aku akan rindu kenangan masa jadi pelajar sekolah menengah. Ponteng prep, fly, segala benda yang nakal2.. Eh,, Tapi benda baik2 pun aku akan rindu gak. Belajaq sampai petang. Yang tu ja kowt benda baik dan jarang yang aku wat.. Kah Kah Kah..  Aku malas nak menaip sebenarnya. Tu ja kowt yang aku nak kongsi wat masa sekarang. Ada masa.. Aku post lagi. (sememangnya aku punya banyak masa)


Sekian...

Tuesday 14 May 2013

Giveaway Kiyomi Teddy Store by Norsyuhada Binti Johan



Assalamualaikum.. Hye kwn2.  Disebabkan kawan saya, Alia ajak saya join cni, saya pun terjah blog sweet Bumblebee dan Giveaway ni mmg menarik. Dan sekarang, saya akan tag Dyana. Join, taw?? Alia... Thanx ajak aku join :)

Tuesday 30 April 2013

Cik & Encik Detektif(Part 5)

“Daniel. Saya naik ke kelas jap. Saya nak kemas loker dan meja saya.” Ucap Natasha apabila mereka kembali ke sekolah. Daniel menjawab dengan anggukan.

Gadis itu menaiki tangga satu persatu. Kelasnya terletak di Tingkat Tiga terasa begitu jauh. Telahya, perjumpaan tadi pasti baru selesai. Natasha melihat ke koridor apabila sudah berada di tingkat tiga. Alfa Romeo milik Daniel dikelilingi pelajar lelaki dan perempuan. Natasha tersenyum melihat Daniel melayan beberapa orang pelajar perempuan.

Dia terus masuk ke dalam kelasnya. “Kosong. Fuh.Lega!” ucapnya. Tanpa membuang masa, dia terus mengambil buku didalam loker dan meletakkannya diatas meja. Beberapa minit kemudian, dia menangkap derap tapak kaki. Kepalanya terasa sakit melihat Farhan duduk di mejanya tanpa mempedulikan kehadirannya.

Makin pantas gadis itu mengemas. Tegarnya lelaki itu tidak mempedulikannya. Tiada kata maaf yang diucap oleh lelaki itu. Dia mengutuk dirinya sendiri apabila masih mempunyai perasaan untuk lelaki itu.

“Natasha, dah siap?” soal satu suara. Dia menoleh. Daniel sedang berdiri dan bersandar pada pintu kelasnya. Farhan yang mendengar suara yang tidak dikenalinya pantas mendongak. Ada kerutan di wajahnya.

Daniel membuat muka bersahaja walaupun Farhan memandangnya tajam. Natasha menggalas begnya. Dia membuat isyarat tangan agar menyuruh lelaki itu menunggu sebentar. Dia menghampiri Farhan. Lelaki itu pantas berdiri dihadapannya.

Satu penampar hinggap di pipi kanan lelaki tersebut. “ Saya teringin sangat nak tampar awak bila awak bagi hadiah tu kat Athira. Terima kasih atas segala janji palsu awak. Awak penipu. Athira pula, terima awak sedangkan tahu saya kongsi cerita pasal awak kat dia. Well.She suits you!” Natasha berpura-pura ketawa dan menceriakan roman wajahnya.

Farhan terasa mukanya berbahang. Panas hati. Belum sempat dia membalas kata-kata Natasha, satu penampar lagi dihadiahkan kepadanya. “Wow. Sampai sekarang, awak masih nak mempertahankan diri awak?” Natasha tersenyum sinis.

“Awak tak pernah beri saya peluang. Apa saja yang saya cakap, awak akan bidas. Itu ‘hadiah’ saya untuk awak.” Ucap Natasha sambil mengesat tangannya pada seluar jean yang dipakainya. Memberikan isyarat geli.

Daniel tersenyum. Hebat betul Natasha sehingga mampu mendiamkan terus Farhan. “Oh ya. Saya sokong sangat awak tinggalkan saya. Saya dapat yang lebih baik daripada awak. See?” Natasha yang masih belum puas menunjuk jari ke arah Daniel.

Bagi memperhebatkan lakonan, Daniel bertindak sebagai pelakon pembantu. “Thanks, Farhan. You left me such a beautiful girl. I really appreciate that. Once again, thank you.” Usai menghabiskan kata-katanya, Daniel dan Natasha terus berlalu dari situ. Mereka tersenyum sesama sendiri.

Farhan berdiri kaku. Tidak dapat menerima kenyataan yang dia ditampar dua kali. Sempat pula dia diberi kata-kata yang pedih. Paling membuatkan dia marah, Natasha memalukannnya di depan lelaki asing tadi. Dia meraup wajahnya.

Daniel memandu keretanya dengan kelajuan sederhana. Sesekali, dia memandang Natasha yang mengarahkan pandangan ke luar tingkap. Natasha pasti bersedih lagi.

“Boleh saya panggil awak Tasha je?” soal Daniel cuba memecahkan kesunyian. “Dan awak boleh panggil saya Danny.” Sambungnya.

“Boleh. Danny, Thanks sebab bantu saya berlakon tadi. Awak patut dapat anugerah Oscar.” Pandang Natasha.

“Awak lagi la. Padan muka Farhan tadi. Awak nampak tak betapa marahnya dia tadi. Panas. Saya rasa kalau cili dan dia bertanding yang mana satu paling panas, pasti dia yang menang, kan?” Daniel bercakap dengan penuh semangat.

Natasha ketawa. Daniel yang baru dikenali adalah seorang yang cool. Tetapi hari ini, gadis itu melihat sisi lain yang ada pada jejaka tersebut. Dia kelakar dan mampu menghiburkan hatinya.

“Saya rasa kita boleh jadi pelakon lagi selepas ni.” Ujar Natasha ceria. Daniel tersenyum.

“Awak tak nak jumpa Athira?” soal Daniel. 

“Saya tak perlu jumpa dia. Dia kawan saya. Saya tak mungkin akan sakitkan hati dia. Biarlah. Saya ada terfikir. Semua ni takkan berlaku kalau Farhan tak yang mulakan dulu. Athira adalah watak sokongan. Lagipun, takkan ada apa yang berubah walaupun sejuta kali saya berbincang dengan Athira. Apa-apa pun nampak betul bila dah jatuh cinta. Diorang mana kisah perasaan saya dah. Right?” cakap gadis itu dengan panjang lebar.

“Thanks untuk segala-galanya. Pasti sesiapa yang memiliki awak sangat bertuah.” Ikhlas Natasha.

Daniel tersenyum tawar. Lelaki itu mengeluh. Dia tidak pernah merasai perasaan yang Natasha hadapi. Dia sebenarnya adalah sama sahaja seperti Farhan. Kejam dan tidak menghargai cinta.

“Seminggu lagi, kita akan ke New York. Awak sambung belajar kat sana, okey?”

“Okey. Itu yang terbaik.” Ringkas Natasha.

“Sebelum tu, awak pasti saya adalah orang yang awak cari selama ni?” sambung Natasha.

Daniel memandang cermin sisi kereta. Raut wajahnya serius. Natasha kehairanan. Dia berpusing ke belakang. Sebuah kereta berwarna hitam di belakang mereka.

“Boleh beritahu saya apa yang berlaku?” soal Natasha cemas.

“Saya tak sangka mereka akan ikut sampai ke Malaysia.” Cuma itu yang dijelaskan Daniel. Daniel memandu dengan lebih laju.

Kereta berwarna hitam tersebut melanggar mereka. Natasha tersentap ke hadapan. Daniel terus membawa kereta dengan lebih laju. Selepas beberapa saat, kedengaran bunyi tembakan. Gadis itu menjerit.

“This is crazy!” jerit Natasha lalu melihat ke arah cermin belakang yang retak.

“Wow, Bullet-proof?” soal Natasha kepada Daniel.

“Awak sempat lagi Tanya soalan camni sekarang?” Daniel memandang Natasha tidak percaya.

“Okey, Danny. Kita ubah tempat. Saya drive, awak tembak.” Ujar Natasha lalu bangun dari tempat duduknya.

Daniel tiada pilihan. Natasha tiada pengalaman menggunakan pistol. Natasha memegang stereng. Daniel pantas bangun dan duduk di tempat duduk belakang. Cermin tingkap dibuka.

“Natasha membawa kereta laju semaksima yang mungkin. Daniel berbalas tembakan dengan orang yang berada di dalam kereta hitam tersebut. Kereta hitam tersebut melanggar mereka sekali lagi.

“Whoaa!” Natasha terkejut apabila cermin sisi kereta mereka ditembak.

“Danny, pakai seatbelt. Trust me!” ucap Natasha kepada Daniel.

Daniel mengikuti suruhan Natasha. Gadis itu memandang selekoh tajam di hadapannya. Beberapa saat sebelum sampai di selekoh tersebut, Natasha terus membelok secara mengejut. Kereta Alfa Romeo berpusing sebelum melanggar pembahagi jalan.

Kereta hitam tersebut pula gagal mengawal imbangan lalu terjunam ke dalam gaung. Natasha mengangkat kepalanya yang terhantuk pada stereng kereta. Dia menyentuh dahinya. Tangannya berlumuran darah.

Pintu kereta dibuka. “Tasha! Tasha!” Dia mendengar suara samar-samar memanggilnya. Mata semakin berat. Akhirnya dia terkulai di situ.

********bersambung******

Thursday 11 April 2013

Cik & Encik Detektif(Part 4)

Keesokan harinya, Natasha ke sekolah seperti biasa. Cikgu Fazidah yang mengajar subjek Bahasa Melayu tidak hadir. Jadi pada masa pertama, mereka melakukan kerja sendiri.

“Tasha, budak debate balik semalam, kan? Best la tu dapat jumpa buah hati dia.” Usik Kamelia. Kamelia merupakan rakan sekelas Natasha. Mereka duduk bersebelahan di dalam kelas.  Natasha sekadar tersenyum. Dari ekor matanya, dia dapat menangkap kelibat seseorang. Ya, Farhan. Lelaki itu duduk di tempatnya. Langsung tidak memandang Natasha.

“Relax la, Tasha.” Pujuk Kamelia apabila melihat Natasha menjadi muram tiba-tiba.

“Dia cakap tak sayangkan aku. Dia cakap dia janji akan sukakan orang lain. Apa maksud dia, Kamelia?” soal Natasha.

Kamelia mengerutkan muka. Tidak pelik mendengar apa yang dituturkan Natasha tadi. “Janji untuk sukakan orang lain? Itu muslihat.”

Natasha memandang kawan sekelasnya itu yang nampak serba salah. Kamelia tahu sesuatu.

“Kau cerita kat aku, . KameliaPlease.” Rayu gadis itu.

“Err.. Cuti sem lepas kan, persatuan dia pergi trip ke Langkawi. Bebudak persatuan dia nampak dia rapat dengan Athira. Tak tahu nak kata rapat seperti kawan ataupun sebaliknya. Emm… Diorang cakap Athira merajuk, pastu Farhan pun merajuk gak. Pastu, aku tak tahu apa dah. Sabar, erk?” Kamelia memegang bahu Natasha. Gadis itu memberikan pandangan kosong.

Petang itu, semua pelajar Tingkatan Lima diminta datang ke sekolah semula untuk membincangkan majlis makan malam perpisahan untuk batch mereka. Persiapan dan perbincangan harus dilakukan sebelum peperiksaan SPM.

“Okey. Kita break 15 minit.” Jerit ketua tingkatan. Dengan sepantas kilat, dewan kuliah kosong. Ya. Mereka memang pantas jika mahu berehat dan makan. Ketua tingkatan menggaru-garu kepalanya.

“Kamelia, aku nak keluar ni. Kau nak pesan air atau makanan tak?” soal Natasha kepada Kamelia yang kelihatan mengantuk. Kamelia menggeleng lalu melentokkan kepalanya di atas meja.

Natasha menuju ke vending machine. Raut wajahnya tampak kusut. Dia mengeluarkan duit kertas dan syiling daripada poket seluarnya. Sedang dia memilih air tin, gadis itu terdengar suara yang dikenalinya.

“Athira, ni teddy bear untuk awak. Suka tak?” suara itu masih bercakap. Duit syiling yang berdenting jatuh membuatkan si empunya suara tergamam. “Natasha…” Farhan menggelabah. Begitu juga dengan Athira.

Natasha turut tergaman dengan situasi tersebut tambahan pula melihat Farhan sedang memegang teddy bear.

Natasha pantas melangkah dari situ. Dia terluka. Dalam satu perhubungan, perlu ada keprcayaan. Tapi sekarang, cintanya dikhianati. Kepercayaannya hancur. Dia memegang dadanya. Sakit. Pedih.

Dia memberhentikan langkah apabila sebuah kereta berhenti di tepi. Gadis itu menolah. Alfa Romeo.”Daniel?”

“Get in, Natasha.” Daniel membuka pintu kereta. Natasha pantas masuk

Natasha mendiamkan diri. Daniel pantas meneruskan pemanduan dan berhenti di sebuah taman permainan. Daniel memandang Natasha dengan pandangan simpati.

Beberapa saat kemudian, suara esakan yang halus kedengaran. Natasha menangis. “Awak dah tahu.” Ucap Daniel. Gadis itu memandangnya dengan tanda tanya.

“Saya dah cakap kat awak yang saya dah lama kenal awak. Saya tahu siapa Farhan. Saya minta maaf sebab tak beritahu perkara yang sebenarnya tentang dia.” Ucap Daniel perlahan.

Awak. Dah berapa lama saya kena tipu?” soal Natasha dalam tersedu sedan.

“Tahun lepas. About six months ago.” Ringkas Daniel. Natasha terus menangis. Gadis itu tidak menyangka yang dia ditipu selama itu. Enam bulan bukanlah tempoh yang singkat

“Tell me. Share with me.” Daniel memandang tepat mata Natasha. Dia benar-benar kasihankan gadis itu. Bila melihat kesedihan Natasha, dia juga turut berasa sedih.

“Awak tahu tak. Dulu dia larang saya SMS dia. Dia cakap dia nak study. Saya akui. Mulanya, saya tak suka cara dia. Saya sangsi tapi saya tolak syak wasangka. Dia orang yang saya percaya.” Natasha menarik nafas seketika.

“Tapi lepas tu, saya ikut cara dia. Setiap hari saya tunggu dia SMS saya. Saya menahan diri saya dari SMS atau berhubung dengan dia. Saya rindu dia sangat bila tak contact dia. Dan saya harap dia pun rindukan saya juga. Tapi sekarang saya tahu. Sekalipun dia tak pernah merindui saya. Dia gembira sebenarnya. Semua tu helah dia untuk jauhkan diri daripada saya.” Natasha menggenggam tangannya.

Daniel setia mendengar. “Dia pernah berjanji takkan sukakan orang lain. Dia janji akan cintakan saya sorang. Daniel. Saya keliru. Farhan berubah. Dia bukan Farhan yang dulu. Saya terlalu cintakan dia. Arghhhh!!” Natasha menjerit.

Gadis itu tertekan. Air matanya tidak mahu berhenti mengalir. Daniel memanggil nama gadis itu, lembut. “Awak tak boleh terus menangis. Biarkan dia. Suatu hari nanti, dia pasti sedar yang dia kehilangan seseorang yang amat mencintainya.” Daniel bercakap dengan berhati-hati.

“Tiga tahun, Daniel. Saya ni tak bermakna langsung ke?” soal Natasha sambil mengelap matanya.

“Cuma Farhan yang ada jawapan tu. Awak kena bangkit. Don’t let him ruins your life.” Tegas Daniel.

“Masa birthday saya, dia tak bagi pun hadiah kat saya. Tapi birthday Athira, dia hadiahkan teddy bear. Tiga tahun lepas, dia pernah janji nak bagi teddy bear kat saya. “Saya bodoh.” Natasha melihat luar tingkap.

“Hey, listen. Dia yang bodoh. Chill, okey?” pujuk Daniel. 

Dia sedih melihat tangisan gadis itu. “Dia dah hancurkan hati awak. Tugas awak, gam hati tu, okey? Cantum balik seperti hati saya.” Daniel membuat lawak. Dia membuka zip jaket yang dipakainya. Natasha ketawa apabila terdapat lambang Superman pada baju yang dipakai Daniel.

“Bawa saya ke New York bersama awak.” Ucap Natasha lalu mengelap pipinya yang basah. Daniel tersenyum senang.

“Awak dah fikir masak-masak?” soal Daniel.

“Impian saya ada di sana. Di sini, impian saya dia dah musnahkan.” Putus Natasha.

Natasha menyandarkan badannya lalu memakai tali pinggang. Kereta mula bergerak. Daniel memasang radio. Mahu menghidupkan suasana ceria. “Jom, saya bawa awak pergi makan aiskrim.” Ujar Daniel. Natasha mengangguk setuju.

Mereka berhenti di sebuah kedai menjual aiskrim. “Awak belanja, kan?” soal Natasha.

“Ya. Saya belanja.” Daniel tertawa. “Pilih je perisa yang awak nak.” Sambungnya.

Mereka mengambil tempat di meja yang paling hujung. Natasha mengeluarkan sesuatu daripada poketnya. Satu paket yang berwarna hijau dibuka. Daniel memandang kehairanan.

“Awak nak buat apa ngan Skittle masam tu?”

“Nak makan ngan aiskrim.” Ujar Natasha sambil menaburkan Skittle yang kecil dan banyak di atas aiskrimnya. Sudu dibawa masuk kedalam mulut.

“Yummmmyyy!” ucap Natasha smbil memasukkan lagi sesudu aiskrim kedalam mulutnya.

Daniel tertawa. “Betul ke sedap Saya tak pernah pun tengok orang makan aiskrim ngan Skittle.

Natasha tersenyum lalu mengambil baki Skittle lalu ditaburkan di atas aiskrim Nescafe Daniel. Lelaki itu mencuba ‘resepi’ Natasha.

“Emmmm! Sedap la!” ujar Daniel lalu menghabiskan semua aiskrim.

“Nanti saya hadiahkan awak Skittle hijau banyak-banyak. Hehe."


********bersambung********

Monday 18 March 2013

Cik & Encik Detektif(Part 3)

“Jadi, Maserati tu awak yang bagi?” soal Natasha tidak percaya.

“Ya. Agensi detektif kami telah menjalankan penyelidikan terhadap DNA awak. Awak sihat. Tiada masalah.” Ringkas lelaki itu.

“I am waiting for your answer, Natasha. Peluang ini sekali seumur hidup.” Sambungnya.

“Selama ni saya hanya bermimpi untuk menjadi detektif. Dan sekarang awak datang dan tawarkan saya sesuatu yang telah menjadi impian saya. Terima kasih kerana memilih saya tapi..” Natasha berhenti seketika lalu bangun.

“Boleh saya fikir dulu?” sambungnya. Natasha memerlukan masa. Keluarganya ada di sini. Apa yang perlu diberitahu kepada keluarganya jika dia bersetuju untuk menjadi detektif?

Setujukan mereka? Lagipun, kekasihnya ada di sini juga. Kekasih? Dia mengeluh.

“Jom, saya hantar awak balik.” Daniel pantas melangkah dari situ lalu menuju ke keretanya.

Malam itu, Natasha termenung didalam biliknya. Daniel sudah berpesan, perjalanannya ke New York akan diuruskan segera jika dia bersetuju. Dia harus berfikir semasaknya. Jika ini jalan yang dipilihnya, tiada istilah berpatah balik.

Gadis itu berdiri di tepi tingkap. Hujan renyai di luar membuatkan dia mengambil baju sejuk didalam almarinya. Pintu slaid almarinya dibuka. Sekeping gambar jatuh.

Natasha mengambil gambar yang terjatuh ke lantai. Matanya tepat memandang wajah yang dirinduinya. Gambar itu diambil ketika tahun lepas semasa mereka berada di Tingkatan Empat. Dia memakai pakaian tradisional India sambil memegang pedang manakala Farhan memakai baju dan seluar putih seperti samurai.

Setitis demi setitis air mata jatuh di atas gambar. Ketika itu mereka sedang bahagia. Sekarang, gadis itu tidak tahu. “Tasha rindu Aan. Suara Natasha perlahan menahan tangis. Dia terlalu banyak menangis untuk lelaki ini.

Mereka menjalinkan hubungan sejak di Tingkatan Dua lagi. Dia mengimbas kembali dimana dia meluahkan perasaannya kepada Farhan. Kekadang, dia ketawa sendirian apabila teringatkan peristiwa itu.

Dia akui mereka masih muda untuk mengenal erti cinta tapi itulah kebenarannya. Dia memang cintakan Farhan. Buktinya, sehingga sekarang hanya Farhan yang mendapat tempat di hatinya.

Sejak beberapa bulan ini, Farhan seakan-akan menjauhkan diri daripadanya. Apabila berada di Tingkatan Lima, semakin parah. Mungkin Farhan sibuk dengan aktiviti untuk persatuannya. Lagipun, lelaki itu diberi mandat sebagai pengerusi.

Matanya memandang telefon bimbitnya yang terletak di meja kecil bersebelahan katil. Gajet itu dicapai. “Nak text atau tak?” soalnya didalam hati.

Akhirnya, dia memutuskan untuk SMS farhan. Mana tahu nasibnya baik, farhan akan membalas SMS tersebut.

“Hye Farhan” SMS dihantar. Fuh! Natasha menarik nafas lega.

“Hye” Lima minit kemudian, Farhan membalas. Lima minit untuk ‘hye’. Biar betul. “Cukup la tu, Tasha. Dia reply jugak mesej kau.” Natasha bermonolog.

“Kenapa Aan dah tak text Tasha? Dalam kelas pun, tak cakap” taip Natasha.

“Saya busy. Lagipun, saya memang segan nak cakap ngan awak.” Natasha membaca SMS tersebut dengan pandangan berkaca.kaca. Dia terasa apabila bahasa panggilan telah diubah.

Tapi rasanya aku lagi kejam sebab pernah bahasakan ‘aku’ dan ‘kau’ masa gaduh dulu” sambungnya lagi.

“Aan dah tak sayangkan Tasha? Aan dah banyak berubah” akhirnya dia memberanikan diri untuk bertanya.

“Tak. SPM dah dekat. Awak pergi study. Kita dah setuju untuk putus pasal SPM.” Balas Farhan.

Air mata mengalir lagi. Tegarnya lelaki itu. “Tasha tak percaya. Aan cakap camni sebab SPM je, kan? Lagipun Aan dah janji takkan tinggalkan tasha. Aan cakap lepas SPM, kita sambung. Aan sukakan orang lain?”

“Jangan tunggu saya. Saya nak awak berjaya dalam hidup. Kalau saya sukakan orang lain? Erm.. Saya janji, saya akan sukakan orang lain. Jangan SMS saya dah.” Balas Farhan.

Makin laju air mata yang keluar. Apa maksud lelaki itu? Berjanji untuk sukakan orang lain? Helah apa lagi. Ahirnya, dia tertidur. Harapannya, apa yang Farhan katakan tadi adalah tidak benar.

Sunday 10 March 2013

Cik & Encik Detektif(Part 2)

Gadis itu mendiamkan diri didalam kereta. Lelaki itu masih memandu. Dia sendiri tidak pasti ke mana destinasi yang ingin dibawa lelaki tersebut. Suasana yang senyap membuatkan Natasha bosan. Dia menguap.

“Snail speed, hah?” gumam gadis itu, perlahan.


Lelaki itu mendengar rungutan Natasha. “Apa? Awak nak laju? My pleasure.”


Lelaki tersebut pantas menekan pedal minyak sehingga habis. Alfa Romeo 4C tersebut memecut laju dengan kelajuan 250km/j.


Natasha terkejut. Dahinya mula berpeluh. Bibirnya mula pucat. Selama ini, tidak pernah Natasha memandu selaju ini. Dia menggenggam seatbelt yang dipakainya. Kereta tersebut gagah membelah jalan raya. Lelaki tersebut ketawa melihat Natasha.


“Whoa, stop right now!” jerit Natasha sambil menutup mata.


“That’s also my pleasure.” Serta merta lelaki itu meneka brek.


Geseran tayar dengan jalan tar menghasilkan bunyi yang kuat. Kereta Alfa Romeo tersebut berpusing 360 darjah. Badan gadis itu tersentap ke hadapan. Lelaki itu mematikan enjin kereta .Natasha membuka mata perlahan-lahan.


“Siapa awak sebenarnya?” soal Natasha sambil mengurut-ngurut dadanya.


“Daniel.” Ringkas lelaki tersebut.

“Ada lesen ke drive Maserati semalam?” sambungnya.


“Err..Awak polis?Okey.Kita bincang kat sini je, please. Jangan saman saya.” Ujar gadis itu sambil membuat muka simpati.Habislah dia jika disaman.Pasti ibu dan ayahnya marah.


Daniel ketawa. Dia mencapai sebuah laptop di tempat duduk belakang. Daniel memberi laptop tersebut kepadanya. Gadis itu ternganga. Dia mengosok-gosok matanya. Gambar- gambar yang dipaparkan di skrin laptop tersebut jelas menunjukkan dia sedang memandu Maserati secara berbahaya.


Lelaki itu mengeluarkan gari dari poketnya. Dengan pantas, tangan gadis itu digari. Natasha meronta-ronta minta dilepaskan. Komputer riba tersebut kembali disimpan Daniel. Lelaki itu menyandar di tempat duduknya sambil menyilang tangan. Dia langsung tidak membantu gadis itu.


Natasha melihat-lihat di sekelilingnya. Dia terus mencapai objek yang halus dan panjang seperti dawai di dashboard kereta dengan giginya. Tidak sampai dua minit, dia berjaya membuka gari tersebut.


Gadis itu cuba menumbuk Daniel tetapi lelaki itu pantas memegang tangannya. Natasha menarik muka.


“I am impressed. Saya bawa awak ke New York, nak?” ujar Daniel lalu melepaskan tangan Natasha.


“Are you crazy? Kenal awak pun tidak. Sekarang nak bawa saya lari. Melampau!” Natasha memandang tajam mata lelaki tersebut. Bukan .Cermin mata lelaki tersebut.


Lelaki itu mengeluh perlahan. “Tapi saya kenal awak. Saya tahu awak tak akan menyesal kalau ikut saya.”


Daniel membuka cermin mata hitam yang dipakainya. Matanya dikerdip kepada Natasha. Gadis itu menelan liur.


“Fuhh.. Handsome lah!” gumamnya di dalam hati. Natasha ternganga. Serta-merta kulitnya yang putih bertukar kemerahan. Malu barangkali.


Daniel keluar daripada kereta. Natasha turut berbuat demikian. Dia memandang persekitarannya. Terdapat sebuah kerusi batu di situ.


Mereka mengambil tempat di situ. “Okey .Awak mesti tertanya-tanya siapa saya yang sebenarnya, kan?” soal Daniel sambil melihat-lihat skrin telefon bimbitnya. Kekadang, tersenyum. Jarinya ligat bergerak.


Natasha memandang kehairanan .“Text girlfriend awak ke? Sengih sorang-sorang.”


Daniel menyimpan kembali telefon bimbitnya. Dia mula menumpukan perhatian kepada Natasha.


“Saya tahu apa yang awak lakukan, Natasha. Website yang awak layari tu sebenarnya bukan website yang biasa.”Daniel membuat muka serius.


“Tahniah. Awak Berjaya menjadi detektif!” ucap Daniel.


Natasha tersentak. Matanya membulat .Detektif? Itu impiannya sejak berada di bangku sekolah lagi. Ya. Website itu. Dia terjumpa secara tidak sengaja. Semuanya bermula beberapa tahun lepas.


Tahun 2010


Natasha masuk ke dalam biliknya lalu memasang komputer tiba yang dihadiahi ibu dan ayahnya.Dia menepuk-nepuk tangannya. Gembira. Hadiah ini sempena keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah(PMR) yang didudukinya dengan cemerlang.


Dia bukanlah dikategorikan sebagai pelajar pintar. Tapi nasib menyebelahinya. Dia belajar dengan bersungguh-sungguh dan dia gembira dengan hasilnya. Senyuman terukir di bibirnya.


Gadis itu menekan-nekan papan kekunci. Dia menaip sesuatu. Keningnya diangkat.


“Eh, websiteapa ni?” dia berfikir-fikir.

“Wah, ada butang ‘ENTER’ lak. Hehe..” Di bawah website tersebut, tertulis ayat ‘If you click this, there is no turning back.” Natasha ketawa.Baginya pemilik website ini sungguh kelakar.


Secara tiba-tiba, skrin komputer ribanya menjadi putih. “Alamak, blank! Habislah aku!” Natasha mulai kalut. Dia menekan-nekan skrin komputer.

Kring! Kring! Kring! Bunyi jam loceng mengejutkan Natasha dari tidur. Dia menggosok-gosok matanya.“Eh, dah pagi?” Sejak bila tertidur ni?” soalnya kepada diri sendiri.


Dia menoleh kearah komputer ribanya. “Ingat dah rosak.” Ujarnya apabila skrin komputer kembali seperti sediakala. Gadis itu menarik nafas lega lalu menuju ke bilik air.


Lamunannnya terhenti apabila Daniel memanggil namanya .“Awak tidur dengan tak sengaja malam tu sebenarnya. Awak cuma dihipnosis.”


Natasha menoleh ke arah Daniel. Meminta penjelasan lanjut. “Saya masuk rumah awak secara sembunyi. Ambil darah dan sampel DNA awak. Awak mesti terkejut kan bila seminggu kemudian kereta Maserati ada di hadapan rumah awak?” jelas Daniel.


Natasha mengangguk-angguk. Gadis itu memang terperanjat apabila sebuah Maserati terletak elok di hadapan rumahnya. Dia mengelilingi kereta tersebut beberapa kali.


“Kereta siapa ni?” soalnya kepada diri sendiri.


Dia berdiri di hadapan Maserati tersebut. Ada sebuah kad yang diselit pada wiper. Matanya terbuntang apabila dengan jelas, tertulis namanya sebagai pemilik kereta tersebut.


Dia masuk kedalam kereta. Terdapat sebuah fail di sebelah tempat pemandu. Segala maklumat dan info kereta Maserati yang baru menjadi miliknya terkandung falam fail tersebut. Dia terfikir. Majalah yang berkaitan dengan kereta memang menjadi kegemarannya tetapi seingatnya, tidaik ada peraduan atau pertandingan yang menawarkan keretea mewah seperti Maserati.

Tuesday 5 March 2013

cik & Encik DeteKtif (Part 1)

Natasha memasang radio kuat. Lagu Better Than Revenge nyanyian Taylor Swift mengurangkan sedikit kerisauannya dalam membelah jalan raya. Kereta Maserati miliknya meluncur laju. Pemanduan dengan had laju 180km sejam langsung tidak menakutkan dirinya. Kepalanya digoyangkan mengikut rentak muzik. Gadis itu melihat jarum jam di tangannya.


Tiba-tiba, sebuah Alfa Romeo 4C memotong jalannya. Dia ternganga.


“Wah, nak race ke?” gumamnya didalam hati.


Dia terus menekan pedal minyak dan memotong kembali jalan Alfa Romeo tadi. Gadis itu melihat kereta tersebut melalui cermin sisi.Kereta Alfa Romeo tersebut berpatah balik.


Keesokan harinya di sekolah


Sebuah Alfa Romeo 4C memasuki perkarangan sekolah. Ada mata yang memandang. Natasha mengeluarkan kamera Olympusnya .Hari itu sudah petang. Dia sengaja pulang lewat hari ini .Ada projek Sains yang perlu disiapkan bersama rakan sekumpulannya.


“Boleh jadi bahan untuk post dalam blog ni. Hehe.” Klik Klik. Gadis itu terus mengambil gambar kereta Alfa Romeo 4C tersebut. Kemudian dia berfikir sejenak.


“Oh. No!” dia pantas berlari masuk ke tandas lelaki. Fikirnya, si pemilik kereta tersebut pasti tidak akan menjumpainya. Dia kan perempuan!

Dua minit.Lima minit. “Aha! Dah agak dah si Alfa Romeo tak jumpa aku.” ujarnya sambil keluar dari tandas lelaki.


“Hai, dah tak nak sembunyi ?” satu suara menegurnya dari tepi. Natasha menelan liur. Gulp! Dia memandang ke arah suara tersebut.


Seorang lelaki berkaca mata hitam sedang menyandar pada dinding. Sebelah kakinya dilekapkan ke dinding manakala matanya sedang melihat jam tangannya. Terukir senyuman sinis di bibir lelaki tersebut.


“Err..Awak cakap dengan saya?” soal Natasha kepada lelaki itu.


“Yes. I am talking to you, Natasha.”

Gadis itu mula menaruh syak wasangka.“ Dia tahu nama aku!” ucapnya dalam hati.


“Wah.Hehe.Minta maaf.Natasha berpura-pura ketawa.


Saya sebenarnya tak faham bahasa yang awak cakap tu. Minta diri dulu.” Sambung Natasha memberi alasan lantas mengatur langkah laju.Dia melihat ke belakang. Eh, lelaki itu masih mengekorinya! Natasha pantas berlari.


Tiba-tiba, tangannya direntap dari belakang.Natasha merengus.Pergelangan tangannya merah.“Aduh! Hei, awak nak apa?! Macam mana awak tahu nama saya, hah?” Natasha mengeraskan suaranya.

Lelaki itu mengukir senyuman. Natasha mengalihkan pandangan kearah lain. Dia tidak pasti arah pandangan lelaki tersebut kerana cermin mata yang dipakainya.


“I have known you for years, Natasha.” Para pelajar yang masih tidak pulang melihat kearah mereka.Ada yang berbisik sesama sendiri.

“What! For years?”Natasha membesarnya matanya.

“Ikut saya .Saya akan jelaskan kat awak.” Lelaki itu pantas menarik tangannya. Natasha menarik-narik tangannya minta dilepaskan tetapi lelaki itu terus membawanya ke kereta. Pintu kereta di bahagian penumpang dibuka.


Lelaki itu memaksa Natasha masuk tetapi Natasha enggan membongkokkan badan.“Kita cakap ja kat sini, tak boleh ke?”Gadis itu enggan mengalah.


“Tak boleh.” Ringkas sahaja jawapan yang diberikan lelaki tersebut.


Natasha menutup pintu kereta.Dia menyandar di kereta tersebut .Lelaki itu turut berbuat demikian.


“Okey. Kalau awak tak nak ikut saya, esok saya datang lagi.” Ucap lelaki tersebut.

“Saya tak kenal awak, faham tak?Kenapa saya perlu ikut awak?Entah-entah, awak penculik tak?” soal Natasha bertalu- talu.

Lelaki itu menggelengkan kepala. Senyap. Beberapa saat kemudian, telefon bimbit lelaki tersebut berbunyi. Dia pantas menyeluk poket seluarnya.Gadis itu mencuri-curi dengar perbualan lelaki tersebut dengan si pemanggil.


“Ya.Saya dah jumpa dia ."Saya akan uruskan.” Ujar lelaki tersebut.


“Boleh tak awak ikut saya? Kalau betul saya nak culik awak, saya tak akan culik awak di kawasan sekolah. Awak tengok kat blok akademik awak. Ramai yang tengok kita. Muka saya mesti dah dicam.” terang lelaki itu panjang lebar.

Natasha melihat kearah blok akademik. Memang benar. Mereka menjadi tontonan ramai. Setelah berfikir panjang, dia bersetuju untuk mengikut lelaki tersebut.


*******BERSAMBUNG***********

Monday 4 March 2013

Hari unTuk Ketawa

Hehehe... Hye.. Sabtu lepas, aku pergi jalan2 kat umah kawan2 aku. Sebenarnya, aku baru dapat lesen minggu lepas la. Kiranya, ni 1st time aku naik motor p umah kawan yang jauh2. Rumah aku kat Kedah. Mula, aku p umah kawan aku, Alia Izzati. Sebenarnya. Sebelum tu aku blur masa naik motor. Ya la. Dah berapa bulan aku tak lalu Tasek Gelugor. Siap ad fly over. Nasib baik aku tak sesat jalan. Kalau x, menangis aku sorang2. Huhuhu... . Then, masa aku naik motor ngan Alia, tetiba ja cermin motor aku longgar. Wah!!! Sampai hati motor cari pasal ngan aku hari tu.. So, kami stop la kat  tepi jalan. Bajet terer, kami bergilir-gilir ketatkan balik cermin tu. Tapi!!! Cermin tu tetap duk arah yang berlawanan walaupun pelbagai arah dah kami cuba!! Tension kowt masa tu.. Orang lalu lalang usha ja kami yang tengah dk baiki cermin. Beberapa minit kemudian, ada la seorang hamba ALLAH yang baik hati ni stop kat kitorang. Dia cakap ikut p kedai dia. Dia ada spanar.. So.. kitorang pun ikut la. Masa tu dah terbukti aku dan Alia macam 'TIKUS YANG MEMBAIKI LABU'. Kami dua tak perasan pun ada skru kt cermin tu.. Patut la cermin takmau gak duk kat kedudukan asal. Lepas mengucapkan terima kasih kat abang tu, kami pun meneruskan perjalanan kami kat umah Fatin. Ni kawan aku yang duk kat MRSM Taiping. lama tak jumpa dia. Nasib baik kitorang jumpa sign board kg dia. kalau tak, dah terlajak jauh la. Banyak gak sembang kat umah Fatin. Siap makan nasi lagi!! Wah3! Bertuah punya kawan. Kat umah dia, kitorang p melawat arnab yang Fatin bela. Comel2 semuanya. Hahaha.. Then... Aku ngan Alia Izzati pi Padang Serai lak. Kali ni, pi melawat Alia Erfani. Jangan confuse, taw.. Tadi Alia Izzati, sekarang Alia Erfani. Kat sini pun, jadi lagi perkara yang memalukan. Kitorang TERSESAT!! Woahhhh!! Punya la duk tanya orang mana Taman Lagenda. Tapi yang pasti, dekat ngan Taman Mahsuri la.. Aku pun call la Alia Erfani ni. Bukan setakat dia yang jawab. Kakak dia dan mak dia pun jawab call tu.. Kitorang memang sesat tersangatlah sesat. Kitorang tak jumpa langsung roundabout ataupun Nasi Kandar MyDIN. Setelah berputus asa, lifesavers pun datang. Siapa lagi kalau bukan Alia Erfani dan Emaknya. Hahaha... Kitorang pun follow ja dari belakang. Patut la tak jumpa roundabout, kitorang pi arah len. Hahahahah!! Yang Alia Erfani lak, duk gelak ja kat kami. Hehehe.. Sampai ja umah kakak dia, ada Akikah untuk anak sedara dia.. So... Tunggu apa lagi.. Kita minum dulu!!! AHHHHHH!!! lega dapat minum air. Haus kowt sebab sejam gak kitorang dk round cari rumah kakak dia. Lepas tu, kami bertiga sembang banyak la.  Sebab lapaq gak, aku pekena laksa. Hehehe... Seriously, aku rindu gila kat hg, Alia Erfani.. Hang la tablemate yang paling gila2 dan ceria2 aku pernah ada.. So... Aku ad Award nak bagi kat hg..
Hah.. Ni dia.. Simpan leklok. Bukan senang nak dapat, taw! len kali, aku mai lagi rumah hang. Sempat lagi la kami tiga orang tangkap gambaq. Gambar2 tu ad kat blog Alia Erfani.. Klik  ni, taw! Sempat lagi makan cheeseCake.. Sebenarnya... Tu 1st time aku makan cheesecake.. Huhuhu... Memang aku tak dapat lupa la hari tu. Macam-macam yang jadi. Pastu, aku ngan Alia Izzati memang balik umah la. Gara2 penat punya pasal, pukul 9 lebih pun kami dua dah tidoq. Hehehe